Thursday, September 29, 2022

DETIK PERPADUAN DAN PERBEZAAN BERKAITAN SAMBUTAN PERAYAAN , BENCANA , PERCUTIAN , GOTONG-ROYONG

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


TAJUK : DETIK PERPADUAN DAN PERBEZAAN BERKAITAN SAMBUTAN PERAYAAN, BENCANA, PERCUTIAN, GOTONG -ROYONG 

NAMA :

  AUFAAIN SORFINA BINTI MOHD TAMEZI                           02DLS22F1002
  NUR SAFINAZ BINTI AMIDEK                                                02DLS22F1004
  NUR AINAA SYAFIQAH BINTI CHE KHAIRUL AZLI          02DLS22F1006
  NUR IRDINA BINTI MOHAMAD NAZARUDIN                     02DLS22F1020
  NUR AQILAH RADHWA BINTI MAHATHIR                          02DLS22F1032 
  FATIN AMIRA NAFEESA BINTI RAHIM                                 02DLS22F1072
  DHIA INSYIRAH BINTI MOHD ROZAINI                               02DLS22F1087


NAMA PENSYARAH: PUAN CIK ROZANA BINTI MOHD KASIM



PENGENALAN

DETIK PERPADUAN

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.Rakyat Malaysia akan sehati sejiwa apabila berlaku perayaan, bencana, percutian dan aktiviti gotong-royong.Perbezaan budaya adalah isu yang serius dalam Malaysia kerana ia boleh mencetuskan konflik antara kaum dan dapat memecah belahkan perpaduan masyarakat. Konsep perpaduan adalah satu proses yang dapat menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya dapat membentuk nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Apa itu perpaduan ?

Ia adalah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia adalah perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Perpaduan boleh dilihat dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya. 

BENCANA

Bencana alam yang menimpa kian berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak dinafikan bahawa hal ini sememangnya sudah menjadi lumrah dunia. Antara bencana alam yang sering melanda ialah tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Musibah yang berlaku ini telah memberikan impak negatif kepada semua pihak terutamanya ialah ribuan nyawa telah terkorban akibat bencana alam yang berlaku.

Namun,mengetepikan perbezaan agama dan kepercayaan, rakyat membantu membersihkan rumah ibadat tidak kira agama dan kaum. Mereka yang bukan beragama Islam membantu membersihkan masjid. Begitu juga mereka beragama Islam menghulurkan tangan turut membantu kerja pembersihan.Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan menyediakan makanan halal, sebahagian usaha diambil untuk membantu mangsa banjir. Malah, rakyat asing membantu warga tempatan, manakala anak tempatan sama-sama menyelamatkan pekerja asing.

Penyediaan makanan halal dengan sendiri membuktikan sudah faham satu sama lain, faham keperluan kaum lain dan menghormati amalan mereka berbeza agama dan kepercayaan.Aspek ini tidak datang dalam semalaman, sebaliknya ia hasil pendidikan, pemahaman dan penghayatan mengenai budaya serta amalan satu-satu kaum, etnik dan penganut. Ia sebahagian usaha menyemai dan memupuk perpaduan.Semangat sukarelawan membantu ketika tragedi dalam pelbagai bentuk menunjukkan sentiasa membantu satu sama lain tidak kira kedudukan, latar belakang, agama dan kaum.Sekali lagi, tragedi menghimpunkan rakyat pelbagai agama, kaum dan usia serta latar belakang dalam misi membantu mangsa tidak kira siapa mereka sebenarnya. Ia antara aspek mencerminkan rakyat masih kental dari segi semangat perpaduan, diwarnai dengan sifat kemanusiaan.

PERCUTIAN

Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri sama ada bertujuan untuk berseronok atau mempelajari budaya asing. Orang ramai selalunya melancong pada hari cuti dan ada juga yang melancong sebagai hobi. Ada yang melancong secara individu dan ada juga yang melancong bersama keluarga atau kawan-rakan. Dasawarsa ini, aktiviti melancong sudah menjadi semakin popular di saentero dunia. Namun begitu, masih ramai yang menganggap melancong hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata untuk berseronok. Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai berbagai mandaat yang banyak membantu dan mematangkan individu.

Faedah lain yang diperoleh sekiranya kita melancong di kawasan-kawasan pelancongan tempatan adalah kita dapat mengenali budaya dan warisan negara dengan lebih dekat. Masyarakat dunia mengetahui kita di Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. Namun, kita berjaya hidup dengan harmoni dan telah melahirkan pelabagi jenis budaya dan warisan. Tamsilnya, apabila kita berkunjung ke negeri Melaka, kita dapat melihat budaya Baba Nyonya yang dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara agama orang Cina tetapi diubah oleh unsur kemalayuan serta unsur tempatan yang lain. Selain itu, aktiviti melancong ke muzium-muzim juga antara aktiviti menarik dimana dapat meningkatkan pengetahuan kita mengenai seni budaya dan warisan yang dimiliki oleh nenek dan moyang kita. Persis kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Izharnya, melancong dalam negara dapat membantu masyarakat terutamanya generasii muda untuk mengenali budaya dan warisan negara.. Melancong merupakan salah satu istirehat setelah kita berhempas pulas mengerah peluh dan tenaga bekerja pada tempoh masa tertentu.

GOTONG-ROYONG 

Perpaduan antara masyarakat perlulah kukuh untuk menjamin negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Masyarakat di Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum . Jadi , harus ada satu aktiviti yang bermanfaat untuk merapatkan persefahaman antara kaum  , dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondunsif . Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama melakukan aktiviti gotong – royong seperti membersihkan taman permainan atau kawasan perumahan , longkang , mahupun rumah ibadat , ianya dapat mewujukan rasa kekitaan yang tulen dalam diri setiap individu . Gotong – royong  dapat merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci , yang tidak dapat ditemui di rumah malahan di pejabat . Rasa kekitaan , rasa prihatin , dan penyayang antara individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. 

             Hal ini berdasarkan kesan positif gotong – royong yang sebenar mampu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat  seperti penagihan dadah dan kecurian , lebih-lebih lagi gotong – royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat . Bak kata pepatah Melayu , “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing “ . Demikian juga tentang kerja gotong – royong ini . Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama – sama . Itulah prinsip gotong – royong . Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan ( JKK ) . Hal ini kerana untuk menjana kegiatan gotong – royong setempat , khususnya untuk kepentingan umum . Isu ini jika diteliti secara mendalam , banyak wang , masa , dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan berkerjasama mencapai sesuatu perkara .

           Contohnya , jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah , mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa untuk wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokan sampah yang tidak diuruskan itu . Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong – royong , kesan gotong – royong kepada masyarakat seleuruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan . 

KESILAPAN MASA KINI
          Setelah puluhan berlalu , gotong – royong kian ditinggalkan dalam kalangan masyarakat . Masyarakat masa kini lebih individualistik dan materialistik . Mereka cukup menyendiri lalu mengaggap bahawa segala apa yang berlaku di sekelilingmereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka . Mereka mula mencapai wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan . “Ada kerja , ada gaji “ seakan – akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini . Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai – nilai kejiranan . Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat . Tidak mustahil , mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam .

          Ketidakfungsian badan – badan kerajaan dan badan – badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan , dikatakan punca gejala ini berlaku . Setiap tahun , kerajaan menguntukkan beberapa juta ringgit untuk pembangunan masyarakat dan malangnya , perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran . Agensi – agensi kerajaan yang ke arah ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat . Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40 000 buah . Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “ melepaskan batuk di tangga “ . Mereka tidak gemar turun padang , berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka . ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “ batu loncatan “ oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi .

DETIK PERBEZAAN
 
SAMBUTAN PERAYAAN 

PERAYAAN AGAMA ISLAM

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari RayaAidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau. Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitriini disambut secara meriah pada setiap tahun.Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untukmenyambut kedatangan hari raya ini. 

Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita. 

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang kekampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagihari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisikunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambilkesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung kepusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamaru Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

     Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. 
 
  Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

   Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan MiaĆ³ (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

PERAYAAN DEEPAVALI

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU



Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang budaya masyarakat India di Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini memupuk sikap saling hormat-menghormati.


KESIMPULAN

Detik perpaduan dan perbezaan dapat diamalkan dalam kehidupan kita secara langsung. Kita mungkin dapat terlibat dalam detik-detik tersebut pada setiap hati tetapi kita tidak dapat merasai kita sedang menjalankannya. Oleh itu, kita memiliki masyarakat yang aman dan damai serta hormat - menghormati antara satu sama lain adalah kerana kehadiran detik perpaduan dan detik perbezaan dalam kehidupan kita .Oleh itu , kita haruslah mengitikberatkan detik-detik ini dan sering menjalankannya supayanegara kita dapat menjadi semakin bersatu padu.





RUJUKAN

 
 BUKU :
  •   Munirah mustafa,Mohd Bazli Md Radzi,Naimah Ghazali,Wan Mohd Tarmizi Wan Othman,Mohamad Faizal Ahmat,Mohamad Tarmizi Balyah.Penghayatan etika dan peradaban versi politeknik Malaysia:July 2020.Perpustakaan Negara Malaysia


INTERNET : 
  • https://detikperpaduan.blogspot.com/2021/04/detik-perpaduan-berkaitan-sambutan.html?m=1
  • https://matlamatperpaduanyangdiidamkan2020.blogspot.com/2020/10/mpu21031-penghayatan-etika-peradaban_54.html
  • https://online.anyflip.com/kxsap/vmqv/mobile/


LAMPIRAN

  • SAMBUTAN PERAYAAN 
deepavali

tahun baru cina

hari raya aidilfitri 

  • BENCANA








  • PERCUTIAN








  • GOTONG-ROYONG 












































DETIK PERPADUAN DAN PERBEZAAN BERKAITAN SAMBUTAN PERAYAAN , BENCANA , PERCUTIAN , GOTONG-ROYONG

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : DETIK PERPADUAN DAN PERBEZAAN BERKAITAN SAMBUTAN PERAYAAN, BENCANA, PERCUTIAN, GOTONG -ROYO...